PEMANDUAN BERHEMAH

Share on   

KAEDAH2 MEMANDU SECARA ASAS

PENGENALAN

Segala kaedah memandu yang diterangkan di dalam artikel ini adalah bertujuan menyampaikan pengajaran yang sistematik dan bermutu kepada para pemandu yang menjadikan pemanduan sebagai kerjaya mereka.

Secara asasnya, kemahiran seseorang pemandu terletak kepada latihan yang pesat bagi memandu sesebuah kereta moden menggunakan segala panda indera serta fikiran yang waras. Hendaklah ditekankan bahawa kemalangan dapat dihindarkan setelah anda benar2 memahami dan mengamalkan kaedah memandu yang bakal kami sampaikan.

Kaedah Memandu Pertama

Mengenal alat2 kawalan dan posisi kedudukan pemandu

Brek tangan

Ramai pemandu pada hari ini apabila hendak memulakan perjalanan terus berfikiran bahawa pedal minyak adalah yang harus diutamakan, tetapi sebenarnya, alat kawalan yang pertama sekali perlu disemak ialah brek tangan. Brek tangan hendaklah ditarik supaya mengelakkan kenderaan bergerak sekiranya terdapat kesilapan mekanikal oleh pemandu. Memastikan brek tangan berfungsi dengan betul adalah wajib terutama sekali apabila kenderaan perlu berhenti di puncak bukit yang curam. Brek tangan yang ditarik dengan kemas juga memastikan kenderaan tidak bergerak sekiranya pemandu keluar daripada kenderaan misalnya di stesyen minyak dan sebagainya. Ada kejadian yang berlaku di mana kenderaan mengundur tanpa disedari dan akhirnya terjunam masuk ke dalam longkang atau melanggar kenderaan lain.

Gear

Tujuan gear diciptakan dalam sesebuah kenderaan adalah untuk mengarahkan pergerakan kenderaan samada ke hadapan atau mengundur. Ia juga memberi kuasa dan kelajuan yang tersendiri mengikut tahap mata gear yang tertentu. Kemahiran penetapan gear yang sempurna bergantung kepada kecekapan pemandu samada transmisi gear manual ataupun automatic. Bagi pemandu kenderaan transmisi gear manual, kombinasi kawalan injak cekam (clutch) adalah sangat kritikal bagi mengelakkan kenderaan terlompat-lompat ataupun enjin mati akibat tiada keupayaan mengimbangi cekam dengan pedal pemecut (accelator pedal). Oleh sebab itu, keujudan jurulatih yang baik akan mampu menerangkan bagaimana kaedah sebenarnya mengawal injak2 ini kerana jika tiada kawalan yang sempurna akan menyebabkan kerosakan kepada kotak gear, kehausan melampau kepada plat cekam dan sekiranya salah kawalan boleh menyebabkan cekam hangus dan risiko kebakaran boleh terjadi.

Bagi kawalan gear automatic, pemandu harus sedar bahawa pada hari ini, walapun system gear automatic diciptakan bagi memudahkan kawalan, jika salah penetapan system gear automatic juga boleh mengalami kerosakan ataupun pemanduan yang tidak sempurna. Walaupun pemandu hanya perlu mengubah posisi gear kepada posisi D (untuk maju ke hadapan), system gear automatic juga mempunyai transmisi gear tinggi dan rendah bagi kotak gear auto 4AT. Pemandu hendaklah mengalihkan kedudukan gear secara berperingkat supaya aliran minyak gear adalah sekata. Adalah disarankan juga supaya pemandu menggunakan juga posisi gear rendah iaitu D2 atau D1 (low gear). Ini adalah untuk membantu memanjangkan jangka hayat dan kelancaran kotak gear. Sepertimana memandu sebuah kereta manual dimana pemandu menggunakan gear rendah untuk mendapatkan kuasa brek enjin Ketika mengambil selekoh atau mendaki atau menuruni bukit, system transmisi gear auto juga memerlukan pemandu menggunakan posisi gear rendah bagi mengelakkan penggunaan brek secara berlebihan. Penggunaan brek kaki secara berlebihan boleh menyebabkan kepanasan melampau kepada brek lining atau system brek boleh tersangkut (jam). Situasi adalah sangat berbahaya terutama sekali apabila kenderaan menuruni bukit yang curam, berliku-liku dan membawa bebanan barang dan penumpang yang ramai.

Injak pemecut

Injak pemecut adalah suatu alat kawalan yang diujudkan bagi memberikan kuasa kepada enjin supaya beroperasi lebih cepat mengikut keperluan lalulintas dan kecerunan jalanraya. Injak pemecut ini merupakan satu alat yang mustahak dan kadangkala boleh menjadi penyebab kemalangan sekiranya pemandu yang tidak cekap atau cuai menekannya dengan mengejut atau kasar. Kita seringkali mendengar kes kes kemalangan dimana pemandu tersalah tekan injak ini dimana mereka sepatutnya menekan injak brek. Akibat kejadian itu, kenderaan yang mereka pandu hilang kawalan dan terlanggar apa sahaja objek yang terletak dihadapan kenderaan tersebut seperti tembok, bangunan ataupun pengguna jalanraya yang lain. Kejadian ini mesti dielakkan sama sekali. Satu perkara yang perlu ditekankan ialah injak pemecut ini mungkin tersangkut kepada tikar alas kaki atau objek2 yang terbiar di sekitar injak berpunca daripada sikap pemandu yang tidak memeriksa kebersihan di persekitaran tempat duduk pemandu.

Steering

Steering adalah satu alat kawalan yang direka oleh jurutera kenderaan bagi tujuan mengemudi kenderaan ke arah yang betul iaitu bergerak lurus, membelok ke kiri atau ke kanan. Stering mestilah dipusing oleh pemandu mengikut kesesuaian jalan bagi mengelak hazard yang muncul supaya tidak dilanggar dalam setiap situasi. Kawalan stering yang baik akan membantu pemandu untuk menukar Lorong dan juga memotong kenderaan lain. Teknik kawalan stering adalah mesti menggunakan dua tangan secara tarik dan tolak samada ikut pusingan atau lawan jam. Kedudukan tangan memegang adalah pada posisi 3 – 9 ataupun 10 – 2. Stering adalah sangat sensitive kerana stering kereta moden adalah menggunakan system stering berkuasa samada kuasa hidrolik atau elektrik. Oleh itu, pemandu mesti mengelak memusing stering secara mengejut ataupun mencedok stering bagi mengelakkan kecederaan kepada tangan pemandu. Ada kalangan pemandu yang memusing stering menggunakan satu tangan sahaja. Ini adalah satu Teknik yang salah kerana pegangan satu adalah tidak kemas dan ujudnya risiko terlepas pegangan dan hilang kawalan.

Cermin Sisi dan Pandang Belakang

Semasa memandu, pemandu perlu mempunyai pandangan yang menyeluruh iaitu mencakupi 360 darjah sudut pandangan peripheral dan belakang. Oleh itu, cermin pandang belakang dan sisi direka supaya membantu pemandu melihat dan mengesan kenderaan atau objek objek yang ujud di belakang kenderaan semasa memandu. Bagi mencapai kawalan yang sempurna, cermin pandang belakang perlu diselaras dengan kaedah melihat keseluruhan windshield belakang penuh dan cermin sisi secara 10% badan belakang kenderaan dan 90% pandangan luar sisi supaya Kawasan pandangan adalah maksimum. Apabila setting cermin-cermin adalah baik maka pemandu berupaya membuat bentuk bentuk olah-gerak secara yakin terutama Ketika hendak memotong, membelok dan parkir sisi atau mengundur. Adalah ditekankan di sini bahawa walaupun cermin pandang dan sisi telah diselaras dengan baik, masih terdapat suatu lagi masalah yang dihadapi oleh pemandu iaitu halangan titik buta (blind spot) yang hanya boleh diatasi setelah pemandu menoleh ke kiri atau ke kanan melepasi paras bahu mereka secara kerap bagi mendapatkan maklumat situasi lalulintas yang terkini semasa melakukan olahgerak yang pelbagai.

Kerusi pemandu

Ramai kalangan pemandu memandang mudah tentang aspek ini kerana bagi mereka kerusi pemandu bukanlah suatu alat kawalan semasa memandu. Oleh itu, aspek ini hendaklah dibetulkan semula oleh semua pemandu tidak kira samada pemandu yang baru atau lama. Bagi pemandu yang telah lama memandu, ada kalangan mereka yang tidak melaraskan kerusi dengan sempurna sehingga sulit untuk mereka mencapai alat alat kawalan yang terletak di hadapan mereka kononnya mementingkan keselesaan diri khususnya semasa dalam perjalanan jauh. Kerusi pemandu hendaklah diselaraskan pada kedudukan dimana tangan pemandu hendaklah membengkok sedikit sebanyak 120 darjah supaya selesa memusing stering di mana badan adalah tidak terlalu jauh atau terlalu hampir dengan roda stering.

Panel instrument

Bagi mencapai pemanduan sempurna, pemandu hendaklah menyemak semua lampu amaran pada papan pemuka dan kluster meter secara berterusan iaitu semasa hendak memulakan perjalanan, semasa memandu dan setelah tiba ke destinasi. Di antara lampu amaran yang wajib diutamakan ialah tolok bahanapi, tekanan minyak enjin, amaran suhu dan bateri yang mungkin mengalami kerosakan pada bila bila yang mungkin tidak disedari oleh pemandu.

Bagi mengesan sebarang kerosakan mekanikal, artikel yang seterusnya akan mengupas aspek aspek pemeriksaan kenderaan secara berkala dengan lebih mendalam…

Share on   

Categories

Know more